Logo dan Bendera
Logo
- Bentuk bujur melambangkan kekuatan rohani dan jasmani serta sentiasa aktif untuk mewujudkan suasana Perbandaran yang dinamik.
- Bunga padi melambangkan ketaatan kepada pemerintahan kerajaan negeri Perak Darul Ridzuan.
- Simbol Jalur Biru melambangkan Daerah Manjung sebagai pengeluar tenaga elektrik.
- Simbol Litar Elektronik melambangkan kemajuan Majlis Perbandaran Manjung seiring dengan kemajuan ICT.
- Simbol bangunan perindustrian dan pelabuhan menggambarkan Daerah Manjung sebagai sebuah Daerah yang menyediakan prasarana perindustrian / perkapalan di Perak secara khasnya di Malaysia amnya.
- Simbol Kapal Layar dan Ombak menunjukkan komitmen Majlis Perbandaran Manjung untuk memajukan industri pelancongan dan maritim.
- Tulisan Jawi melambangkan komitmen Majlis Perbandaran Manjung untuk memartabatkan nilai-nilai Agama, Bangsa dan Budaya.
- Tulisan Majis Perbandaran Manjung secara melengkung menggambarkan komitmen dan kesediaan Majlis Perbandaran Manjung untuk meneraju dan membimbing warga Perbandaran Manjung menuju kemajuan dalam segala aspek.
- Warkah dengan tulisan “MAJU PROGRESIF MAKMUR” di bahagian bawah logo melambangkan perisytiharan rasmi Majlis Perbandaran Manjung dan sentiasa menjadi keutamaan Majlis untuk memastikan setiap warga kerja dan warga perbandaran akan sentiasa maju, progresif dan hidup dalam suasana penuh kemakmuran.
Bendera
Secara rasionalnya tiga warna utama negeri Perak iaitu
hitam, putih dan kuning digunakan bagi logo MPM yang membawa maksud daerah ini
terletak dibawah pentadbiran negeri Perak. Warna biru pula adalah warna
korporat majlis yang diguna pakai untuk warna uniform pejabat serta kenderaan
majlis.
- Biru : Melambangkan nilai-nilai profesionalisme dalam petadbiran dan kasih sayang sesama masyarakat.
- Putih : Melambangkan kejujuran, ketelusan, kecekapan dan sifat amanah setiap individu MPM dan warga perbandaran dalam menjalankan tanggungjawab.
- Kuning : Melambangkan kecemerlangan dan kegemilangan MPM merealisasiakn cita-cita yang sentiasa membara.
Subscribe to:
Posts (Atom)
0 comments:
Post a Comment